Bukan kita tidak tahu, cuma kita tidak membaca

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ



Annyeonghaseyooo yeorobunnn!!!! MasyaAllah, SubhnaAllah, May Allah always bless us and forgive us Allahumma amin. Pada hari ini, saya cuma ingin bercerita serta berkongsi sedikit ilmu yang mungkin ia selalu berlaku pada hari-harian kita tanpa kita sedari.

Pernah atau tidak saudara-saudari saya perasan setiap kali seseorang, individu, orang terdekat malahan babak-babak di dalam kaca televisyen sekalipun, apabila seseorang itu menangis, manusia di sekeliling "seseorang" itu pasti akan senyap, diam dan biarkan ia menangis dan mungkin akan ada yang mengusap belakang atau kepalanya.

Serta cuba saudara-saudari saya 'recall' sebentar, jika sahabat atau kenalan saudara-saudari mempunyai masalah dan berjumpa dengan saudara-saudari untuk berkongsi atau meluahkan perasaan. Pasti akan ada sesetengah saya ulang kembali sesetengah saudara-saudari akan lebih gemar diam, senyap dan biarkan "seseorang" itu tenang dan mula bercerita dengan sendirinya tanpa saudara-saudari bertanya "Are you okay"? "Awak ada masalah"? Pasti sesetengah saudara-saudari turut berfikiran kalau tanya soalan seperti itu pasti bagai mengorek lubang ulat bukan? Sama juga jikalau saudara-saudari pergi bertemu atau mendapat khidmat kaunselling.

Para-para kaunselor tidak akan sekali-sekali bertanya kepada saudara-saudari dengan soalan seperti "Mengapa awak jumpa saya" "Apa masalah awak" sampailah saudara-saudari sendiri buka mulut dan bercerita dengan relanya apa masalah atau yang menggangu fikiran yang dihadapi oleh saudara-saudari sekalian. Selalunya bagi yang biasa berjumpa dengan kaunselor paling-paling mereka akan lebih cenderung untuk bertanya soalan-soalan pemanis mulut dahulu di permulaan bicara sebelum mereka mula bertanya dengan lebih mendalam seperti "Awak dah makan?" "Awak buat apa tadi?" "Awak daripada mana"? dan sebagainya.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya berjumpa dengan kaunselor. Ohh yaa, sebelum saya mula bercerita dengan lebih mendalam, ada sesetengah pihak yang berfikiran bahawasanya orang yang pergi berjumpa dengan kaunselor ini "bermasalah" tetapi ia tidak sama sekali. Saya akan huraikan mengenai ini di kemudian hari InsyaAllah jika di izin Allah. Okay bersambung semula ke cerita saya. Pada satu hari, saya telah membuat keputusan untuk berjumpa kaunselor saya iaitu Prof Zall, Prof saya sendiri sebenarnya untuk berkongsi cerita dan meminta sedikit nasihat mengenai masalah yang saya hadapi.

Sungguh, jika saudara-saudari seseorang yang mampu dan boleh memendam masalah dan pandai handle or let it go your problem sekalipun saudara-saudari pasti dan perlukan seseorang untuk meluahkannya. Percayalah cakap saya. You have to let it go and share your story with someone you trusted. Mengapa? Kerna jika saudara-saudari terlalu memendam it will burden you. Trust me, my brothers and sisters. Because I'm the one of those people yang suka memendam semua yang terjadi. Even sometimes I do let it go since I'm an extrovert person. But still there is a lot of things that I keep to myself. And guess what? I know how to handle those problem but still I do need someone to talk to. MasyaAllah, maaf, saya sudah terlalu jauh lari topik.

Saya berjumpa dengan kaunselor saya, pada mulanya saya hanya diam kerna saya tidak tahu bagaimana ingin memula berbicara, tapi Prof saya sangat bijak MasyaAllah, may Allah always bless him aminn. Beliau diam dan membiarkan saya di dunia saya sebentar dan beliau mula bertanya soalan-soalan pemanis mulut sehingga saya dengan sendiri mula berbicara mengenai masalah yang saya hadapi. SubhanaAllah, method apa yang digunakan dan mengapa kita perlu berdiam apabila seseorang itu mula menangis atau ingin meluahkan kata saya tinggalkan persoalan itu untuk saudara-saudari do some homework or research about it. May Allah always bless us aminn.

Maka, persoalan saya di sini pernahkah saudara-saudari bertanya dari mana sebenarnya kita belajar 'method' mendiamkan diri jikalau seseorang ditimpa masalah atau menangis? Daripada semula jadi? Daripada Philosopher? Plato? Socrates? Epicurus? Atau daripada Psychologist Theorists? B.F. Skinner? Sigmund Freud? Albert Bandura? John Locke? Jawapannya, tidak sama sekali my brothers and sisters. Kita sebenarnya belajar daripada Ibunda kita sendiri iaitu Khadijah Al-Kubra or Khadijah daughter of Khuwaylid, Wife of our Prophet Muhammad SAW (peace and blessings upon him)

Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menerima wahyu pertama di Gua Hira, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kembali ke rumah dengan perasaan takut, berwajah pucat dan membuatkan Khadijah RadiyaAllah ta'ala 'anha juga ikut turut pucat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Khadijah RadiyaAllah ta'ala 'anha, 'Selimuti aku! Selimuti aku!"

Khadijah langsung menyedari kecemasanya dan mengubah sikapnya yang pada awalnya ikut panik saat melihat suaminya. Ia harus bersikap tenang meskipun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dilanda rasa panik yang hebat. Khadijah RadiyaAllah ta'ala 'anha lalu menyelimuti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan sikap yang tenang dan tidak langsung banyak bertanya tentang apa yang dialami oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebaliknya Khadijah RadiyaAllah ta'ala 'anha memberi jaminan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa dia menyokong beliau dari segi emosi dan agama.

Setelah melihat perlakuan dari isterinya, malam itu Nabi Muhammad SAW bisa tidur dengan tenang. Sehingga keesokan harinya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun segera menceritakan kepada isterinya, tanpa disedarinya, tahulah ia bahwa suaminya adalah utusan Allah subhanahu wa ta’ala. Dengan tenang dan lemah lembut, Khadijah r.a, berkata "Wahai Muhammad, Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang senantiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau sentiasa menyantuni anak yatim piatu, menghormati tamu dan mengulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah.

SubhanaAllah, MasyaAllah sungguh indah dan bertapa tingginya akhlak Khadijah r.a. Dalam sedar atau tidak sedar sebenarnya kita sudah lama di ajar oleh Ibunda kita Khadijah R.a, bahawa pada saat seseorang yang sedang dilanda kekalutan, sedih maka kita janganlah terus dan terlalu banyak bertanya. Biarkanlah seseorang itu untuk berehat atau menenangkan fikirannya dahulu. Jika mereka sudah tenang, dan mereka sudah bersedia menceritakan apa yang terjadi barulah kita mula bertanya soalan.

Khadijah r.a mengajar kita semua dengan cara yang paling betul apabila kita sedang menghadapi situasi gentar seperti itu. Dan sebenarnya terlalu banyak cara yang kita boleh gunakan, apa yang saya huraikan adalah salah satu yang kita boleh gunakan. Kita hanya tahu membaca sejarah tapi tidak belajar daripada sejarah itu sendiri. Jadi apa gunanya sejarah itu? Seribu kali sayang jikalau kita hanya membiarkan sejarah hanya menjadi sejarah dan debu-debu di rak buku. Bukan kita tidak tahu perkara ini, cuma kita tidak membaca itu sahaja.

Terlalu banyak perbezaan di antara sikap seseorang manusia untuk dihuraikan. Kerna manusia itu sendiri berbeda-beda. Ada sesetengah manusia yang lebih senang untuk meluahkan dan bercerita masalah yang dihadapinya kepada orang lain. Tetapi ada juga manusia yang lebih senang menyendiri dahulu dan memikirkan masalahnya sendiri terutamanya pada kaum lelaki. Maka, kita seharusnya tahu bagaimana untuk berdepan dengan mereka. Jikalau tidak boleh menolong dengan memberikan kata-kata kita boleh menolong dengan meminjamkan telinga untuk mendengar. Kenapa? Kerna semua manusia boleh bercakap berbicara serta memberikan kata-kata semangat tapi tidak semua manusia yang boleh mendengar dan sudi meminjamkan telinga.

Selain itu, kita juga boleh membawa mereka untuk merujuk kepada orang yang lebih arif tentang perkara yang mereka hadapi seperti mana Ibunda kita Khadijah r.a membawa Nabi Muhammad SAW bertemu dengan saudaranya Waraqah Ibn Naufal. Jangan biarkan mereka terkapai-kapai keseorangan di tengah lautan dunia yang penuh onak dan duri ini. Jangan sayang. Selain itu, kita juga boleh turut mencontohi cara Ibunda kita Khadijah RadiyaAllah ta'ala 'anha.

WAllahualam. Yang baik semua daripada Allah SWT, yang kurang semuanya daripada kekhilafan diri saya sendiri. Semoga bermanfaat. Terima kasih. JazakAllahu Khairan Katheeran



No comments: