HATI AKU MENANGIS

Assalamualaikum


اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ





Mereka katakan bahawa diriku sentiasa tersenyum,
Bahawa aku tidak tahu apa itu erti kesakitan
Tetapi hatiku sentiasa menangis
Di kala tengah malam menjelma
Walau aku masih tersenyum girang

Aku benci diri sendiri, 
Untuk menjadi seperti ini
Tetapi hati ku yang sedih, pilu
 Tetap akan tersenyum pada esok hari

Selepas tiba waktu malam
Yang sentiasa datang adalah diriku yang lain
Ia datang kepada aku, 
Ketika aku kesepian dari bersendirian
Apabila matahari terbenam, 

Air mata tidak mahu pernah-pernah mengalir 
Tiba-tiba aku terfikir bagaimana,
 Dapat membuang kisah lalu
Bagaimana aku menahan air mata, 
Ketika aku melihat langit malam

Bagaimana aku bisah menahan air mata,
Tidak menangis, seperti orang bodoh
Aku akan gila, bersendirian disini,
Dalam kesunyian malam

Kepinggan cawan-cawan yang aku bina,
Begitu sukar untuk berkecai,
Tapi musnah pecah berderai
Sekeping ia tersekat di tanganku
Dan darah mula mengalir, 

Aku menyalahkan diriku sendiri
Dunia yang begitu kejam di luar sana
Kadang-kadang aku rasa, 
Seolah-olah tiada siapa yang peduli
Aku lemah sakit tenat
Berharap akan ada seseorang, 
Hadir menyelamatkan ku

Apabila matahari terbit, 
Burung terbang ke langit
Kadang-kadang, burung tidak mempunyai pilihan untuk terbang
Kadang-kadang, aku juga tidak tahu apa yang aku katakan
Tetapi hanya diriku tahu hati aku
Matahari pagi itu sentiasa hadir temani ku
Aku terpaksa bangun dan berdiri sekarang

Aku ingin kembali ke hari-hari sebelum ini
Aku ingin kembali ke masa lalu
Apabila semuanya gembira
Ia cukup sukar untuk aku berjalan seorang diri,
Di dunia yang kejam ini

Walaupun ia sukar
Aku terpaksa bangun, 
Jangan menyerah sekarang
Walaupun hati aku sakit perit
Ia akan tetap tersenyum girang satu hari nanti
Aku percaya
-Atiqah Alias, 2016

Terima kasih. JazakAllahu Khairan Katheeran