اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ
Anyeonghaseyo yeorobun!!! Yo waddupp waddupp? May Allah always bless all of us and grant Jannah to all of us aminnnn Ya Rabb. Apa khabar kalian semua yang sudi membuang masa baca apa yang saya tulis dan kongsikan di ruang syok sendiri saya ini? Saya mempunyai satu kisah benar yang terjadi di hadapan saya yang di mana ketika saya sedang bertugas di Alamanda terdapat seorang remaja yang berumur 13 tahun ditangkap kerna TERAMBIL Fidget Spinner yang bernilai Rm25 Ringgit. Saya tidak mahu mengatakan yang dia mencuri kerna pada malam kejadian pihak Keluarganya sudah bayar semula Fidget Spinner yang terambil itu jadi remaja tersebut sudah membelinya bukan?
Remaja tersebut ditangkap oleh penjual apabila remaja tersebut dengan tidak sengajanya terlepas cakap bahawasanya yang remaja itu terambil spinner di kedai itu, Sebenarnya remaja itu sudah terambilnya dua minggu yang lepas. Dimasa kejadian terdapat rakan kepada Ibu remaja itu berada di situ dan tahu akan perkara itu jadi rakan Ibunya ingin pulang dan memberitahu Ibu remaja tersebut. Itu membuatkan remaja itu meraung-raung dan menjerit satu Alamanda. Bergegarrr jugak lah Alamanda waktu itu dengan jeritan sungguh nyaringnyaaa.
Pada waktu itu saya bertugas betul-betul dekat dengan tempat kejadian jadi saya pun pergi melihat dan cuba menenangkan dan memujuk remaja itu dengan penuh lemah lembut serta raka-rakan sekerja yang lain juga cuba menenangkan remaja itu, Tapi sayangnya remaja itu lagi meraung-raung dan menjerit-jerit "NANTIIII MAKKK MARAHHHH" berulang-ulang kali. Disini bagi pandangan saya lemah lembut dan memujuk tidak akan mendatangkan hasil. Apa yang boleh saya fikirkan pada waktu itu adalah kaedah extinction yang dimana kita tidak perlu memberikan remaja itu apa-apa perhatian, pandangan dan biarkan dia meraung-raung sampai dia penat nanti dia akan berhenti.
Apa yang saya lihat remaja itu seakan-akan tantrum dan mahukan perhatian serta inginkan rasa belas kesian supaya orang tidak akan memberitahu Ibunya tentang tingkahlakunya kerna takut akan dimarahi. Hal itu kerana, remaja itu berulang-ulang kali menyebut pengataan tersebut. Sayang seribu kali sayang saya tidak melihat remaja tersebut mempunyai rasa penyesalan dan keinsafan dalam dirinya dengan tingkahlakunya yang salah itu, yang cuma ada remaja tersebut takut dimarahi oleh ibunya.
Disini sejujurnya memang 85% salah itu datangnya daripada diri remaja itu sendiri kerna dia yang membuat pilihan dan melakukan tingkahlaku itu. Tetapi dimana lagi 15% itu pergi? Maafkan saya terlebih dahulu, ini adalah pandangan saya sendiri jikalau ada yang salah mohon berikan teguran :) Okay sambung semula lagi 15% itu datangnya daripada perkara yang merangsang atau menolak remaja itu untuk melakukan sesuatu yang remaja itu sendiri sudah tahu salah dan jikalau dia melakukan perkara itu dia akan dimarahi oleh ibunya. Apakah perkara itu? Mari kita ungkaikan :-
1. Media Massa
Seperti yang semua maklum Media Massa ini terlalu banyak pro dan contranya bukan? Jadi salah satunya adalah Media Massa. Kerna apa? Seperti yang semua maklum Fidget Spinner bukan sahaja menjadi trend di Malaysia malah seluruh dunia. Seluruh dunia sedang bermain Spinner dan ia menjadi sanggat Viral yang membuatkan semua orang ingin memilikinya. Jikalau bukak Youtube, Facebook, Twitter dan Instagram sekalipun begitu banyak sekali video-video tentang Spinner ini. Jadi mungkin ini salah satu sebab yang merangsang remaja tersebut untuk melakukan perkara tersebut kerna ingin mengikuti trend zaman sekarang
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Ia mungkin jadi remaja itu tidak mempunyai Media Massa tetapi rakan-rakan disekolahnya rata-rata saya percaya mempunyai Spinner ini kerana anak sedara saya sendiri berumur 7 tahun cakap semua rakan-rakan disekolahnya bermain Spinner ia seakan-akan must items lah bagi kanak-kanak dan remaja-remaja sekolah. Jadi apabila manusia-manusia disekeliling kita mempunyai Spinner dan bermain dengannya dan kita seorang sahaja tidak ada sudah semestinya kita rasa bagaikan tertinggal berseorangan. Lagi-lagi apabila di ejek atau diperlekehkan oleh rakan-rakan kerna kita tidak punya spinner itu.
3. Ibu Bapa
Disini saya tidak menyalahkan Ibu Bapa sama sekali. Tidak sama sekali. Ia mungkin remaja itu ingin Spinner itu tetapi Ibu Bapanya tidak izinkan atau mungkin Ibu Bapanya tidak mampu atau mungkin Ibu Bapanya merasakan satu pembaziran kerna Fidget Spinner yang remaja itu terambil bernilai Rm25. Ia mungkin Ibu Bapanya berfikir dengan Rm25 ringgit itu ada lebih banyak barang yang jauh lebih baik yang boleh dibeli bukan?
Maka disebabkan perkara-perkarang yang di atas merangsang remaja itu melakukan sesuatu tingkahlaku yang saya percaya remaja itu sendiri tahu tingkahlaku itu salah dan tidak betul tapi dia tetap memilih untuk melakukannya.
Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah kita jangan terlalu memandang sesuatu perkara yang terjadi itu di satu jalan atau satu perspektif sahaja. Kita cuba memandang dari aspek yang berlainan. Kita kena lihat di tepi, di belakang, di bawah, di atas dan semua aspek yang ada InsyaAllah kita akan memahami sesuatu yang terjadi itu pasti dan punya pasti sebab dan hikmah. Disini tidak perlu lah kita menyalahkannya 100% dan menunding dan ingin memarah memaki remaja itu kerna remaja itu pun masih muda dan banyak lagi yang perlu remaja itu pelajari. Jadi marilah kita sama-sama mendu'akan semoga remaja-remaja kita di Malaysia menjadi Manusia yang berjaya dan hebat-hebat amiiiinnnn Ya Rabb. Lagi sekali saya ingin memohon ampun dan maaf saya jikalau ada salah silap dimana-mana dan mohon diberikan tunjuk ajar dan teguran. Terima kasih. JazakAllahu Khairan Katheeran
No comments:
Post a Comment