اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ
Anyeonghaseyo yeorobun!!! Yo waddupp waddupp? May Allah
always bless all of us aminnnn. It's been awhile saya tidak menulis atau
berkongsi kisah-kisah kehidupan saya di dalam blog ini atau bersembang membebel
dan sebagainya. Dan hanya kerna itu saya berasa agar janggal untuk menulis buat
seketika ini tapi saya masih tetap ingin berkongsi cerita sambil menikmati lemon dan chamomile tea yang tidak seberapa panas kerna sudah dibiarkan terlalu lama.
Saya tidak tahu ingin bermula di mana jadi kisahnya begini dudududdududududu kejadian yang terjadi ialah ketika saya berkerja di Mahnaz Food Shah Alam dan
ia terjadi pada awal bulan Ramadhan. Saya sedang membuat harga promosi untuk
barang tertentu di bahagian pantri tempat makan tuu dan kebetulan pantri tu
dekat dengan tandas. Ketika saya sedang keluar daripada pantri nak pergi
kedepan kerna saya ingin meletakkan harga, saya terdengar suara seperti ada
orang muntah-muntah atau macam seakan akan sendawa yang sangat kuat di dalam
tandas macam *bluuuuurrrrrr* keluar angin daripada mulut gituuuu.
Jadi ketika saya sedang bekerja tiba-tiba saya terdengar suara
orang meminta tolong tapi ia tidak berapa jelas kedengaran kerna disebelah
tandas itu sedang melakukan kerja baik pulih yang bunyi grill jadi saya tidak
berapa pasti jadi saya kehadapan sedikit berdekatan tandas kerna ingin
memastikan suara itu benar kedengaran atau pun tidak. Saya juga lihat tiada
sesiapa respon seakan-akan mereka juga tidak mendengar suara orang meminta
tolong. Ketika saya ingin kembali bekerja saya sekali lagi terdengar suara orang
meminta "tolong tolong tolong" jadi saya terus berlari ke tandas dan
kelihatan seorang warga emas lelaki, seorang Ustaz yang berumur 75 tahun meminta tolong dan memanggil saya kedalam tandas yang sudah terbuka luasnya. Ketika saya ingin masuk ke
dalam tandas menolong Atuk itu seorang lelaki yang sedang melakukan kerja baik pulih disebelah datang dan menawarkan diri untuk menolong Atuk itu.
Jadi saya pun kehadapan sebentar tidak selang beberapa minit
kemudian saya kembali semula ke tandas untuk mengetahui perkembangan Atuk
tersebut dan ketika saya pergi saya bertanya kepada pakcik yang membantu atuk
itu dan dia berkata Atuk itu terjatuh dari tandas dan kepalanya terhantuk. Atuk itu
meminta saya membawanya ke Surau dan saya membawanya ke Surau dan Atuk itu
meminta saya mencari seseorang untuk menolongnya. Jadi saya meminta tolong
Gopal untuk membantunya.
Selepas itu, saya bertanya kepada Atuk itu apa yang boleh
saya bantu? Saya menawarkan diri untuk telepon keluarnya kerna Atuk itu
kelihatan sangat penat dan kawannya sudah telepon ambulance. Jadi saya hendak
kehadapan untuk mengambil alamat kerna saya tidak ingat full alamat tempat
kerja. Semasa saya hendak kehadapan tiba-tiba Boss datang ke Surau. Currlasss
kann Big Boss sis? Turun padanggg tauuuu. Saya cerita kan segalanya terjadi
kepada Boss dan Atuk itu mintak seseorang untuk urut Atuk itu kerna badannya terasa berangin. Yelah bulan puasa kan, tak makan lepastu jatuh angin pulak
banyak dalam badan bila dia atas kepala tu MasyaAllah hanya Tuhan jelah tahu
sakit dia gimanaaaa donggg sebab saya pun ada gastrik jadi saya memahami bagaimana kalau angin
tu sampai ke kepala.
Jadi Boss suruh Tinai tolong urutkan. Tinai bila urut dah selak selak aurat Atuk tuuu. Jadi saya ambil kain pelikat dekat Surau tu dan tolong tutupkan lulut Atuk tuu sebab Atuk. Memandangkan saya tengok Tinai macam struggle teroxx urut Atuk tu saya pun turut sekali tolong urutkan Atuk itu dengan berlapitkan kain pelikat tadi. Urut dan urut bersertakan minyak panas Alhamdulillah Atuk itu kembali sihat dan cancel ambulance datang. Apa yang paling kelakar bila saya nak pergi basuh tangan dengan Tinai, Tinai cakap dekat saya "Atuk tu tanya you sudah kahwin ka belum? Dia mau kahwin sama you" MasyaAllah Ya Tuhan Ku tergamam sebentar sis waktu tu. Tapi mungkin atuk itu bergurau sahaja.
No comments:
Post a Comment