Aku pernah hilang diri ku sendiri
Dan dapat carinya kembali
Ia semakin hari semakin pergi
Hatta semakin jauh sekali
Cuma aku tidak membenci diri ku sendiri
Aku tidak lagi bangun di pagi hari
Bersoal mengapa aku masih disini
Aku tidak lagi lemah seperti dahulu kali
Makin aku terus berjalan
Satu deras tapak ku melangkah
Aku temui satu jawapan
Bahawa aku sendiri tidak menjaganya
Maka, aku sedar tidak mengapa jika ia hilang
Kerna ia senantiasa hadir dan pergi
Cuma aku hanya mampu berharap aku tidak akan pernah,
Hilang usaha untuk mencarinya semula
-Atiqah Alias
Terima kasih. JazakAllahu Khairan Katheeran
No comments:
Post a Comment