KERATOCONUS

 اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ


Yo yo waddup waddup my lovely people's? Saya berharap agar kalian semua bahagia menghadapi dugaan dan ujian yang datang dan akan datang. Hari ni saya nak berkongsi dan membebel sedikit hal kisah kehidupan saya yang tidaklah seindah kalian. Silalah baca heeyyyy.

                    Pada satu hari sis ingin membuat cermin mata baharu dimana sis rasa cermin mata yang lama sudah tidak sama lagi dengan power mata sis. Macam mana sis tahu? Sebab dia jadi blur dan sis nampak perkataan atau barang jadi double babe. Tapi yang membuatkan sis pasti sangat apabila sis memandu pada waktu malam, ia amat menyakitkan mata sis apabila kena lampu jalan dan lampu kereta. Lampu jalan itu seakan-akan jadi dua tauuu. Jadi sis pun pergi dua kedai cermin mata. Kedua-dua kedai cermin mata itu tidak boleh buat power mata sis sebab mereka kata kedua-dua belah mata sis power tak sama jadi mereka sarankan untuk bertemu dengan Doktor mata. Power rabun jauh sis belah kanan dan kiri jauh berbeza sangat dan rabun silau juga perbezaan yang sangat jauh sekali. 

                   Maka, sis balik rumah kasi tahu Mother dan Ayah. Esoknya sis pun pergi bertemu Doktor mata. Sis chill je sebab sis ingat nak check mata gitu-gitu je babe. Akan tetapi bila jumpa Doktor mata itu, Doktor cakap kedua-dua belah mata sis ada Keratoconus. Buat kali pertamanyaa babe sis tahu akan kewujudan Keratoconus itu. Sebelum itu sis tak pernah dengar dan tahu pun. Sis tanya Doktor macam mana sis boleh ada Keratoconus itu, Doktor cakap I was born with it, nothing to do with genetic, lens and blablabla. Doktor cakap sepatutnya sis dah kena buat minor surgery waktu umur sis 15 tahun macam tu tetapi sis baru je sedar mata sis tak normal. Waktu dapat tahu sis Keratoconus tu tak tahu lah perasaan sis macam mana. Nak kata sedih tidak, nak kata kecewa tidak, nak kata gembira pun tidak. Kerna, ia sesuatu yang sudah tertulis yang memang kita tak mampu nak elakkan. Jadi memang sis redho teroxx je. Sebab Keratoconus tu will stay with me like forever so yeah it's my new best friend I guess?

                    Jadi pertama kalinya, sis kena undergo minor surgery di dalam kehidupan sis jadi marilah kita berhuhuhuhuhu berjemaah. Sis melakukan procedure Collegen Cross-Linking kerana sis di diagnosed kan oleh Doktor yang dimana sis ada Keratoconus pada dua-dua belah mata sis. Keratoconus itu adalah cornea yang tidak normal dalam kata lain cornea itu ia berbentuk bola rugby yang dimana sepatutnya cornea yang normal berbentuk bola sepak gituuuuu. 

                       Doktor sis kata cornea sis dah terlalu kedepan sangat jadi Doktor kata before it become worst dan power sis tak stabil better buat Collegen Cross-Linking untuk berhentikan cornea tu lagi jadi menajam yang membolehkan mata sis buta. Maka, sis dan keluarga pun bersetuju. Jadi waktu menanti hari tu takda lah nervous mana beb. Akan tetapi apabila sudah sarung baju dia tu baru rasa nervous sikit lah beb.

                  Sis buat mata kanan dahulu sebab Doktor kata mata kanan lagi teruk dari mata kiri. Doktor kata tak boleh buat dua-dua nanti mata lagi sakit.  Mula-mula biasa lah dia cuci mata lepastu letak bius supaya nanti tak rasa. Tapi masa Doktor tu kikis mata sis mula-mula tak rasa babe then lama-lama rasa sakit gila babe. Sis cakap dekat Doktor tu sakit, Doktor tu drop bius lagi sekali jadi tak rasa sangat. Cuba hampa bayangkan nampak pisau ke apa ntah Doktor tu guna betul-betul dekat mata hampa. Pisau tu kikis-kikis mata weeehhhh naakkk nyilu babe.

               Sis rasa macam nak lari babe waktu tu serious. Itu belum termasuk sis boleh pulak terbayang dan terfikirkan wabak-wabak kejadian dalam movie Final Destination. Pisau tu babe betul-betul dekat mata kita babe. Lepas dah kikis mata tuu nurse ada letak eye drop in every 2 minutes. Then UV Light tu dah nak hujung-hujung terasa sakitnyaaa. Nurse letak bius pun rasa dah takda function still rasa sakit. UV Light tu paling seksa rasa macam sinaran matahari tepat kena ke mata gituuuuu.

                      Lepas je habis tu kedua-dua mata sis berair uollsss. Lepastu terus balik rumah memang lepas je operation tu sakit gilaaa naaakkkkk tak tipu. Adik-adik sis siap cakap sis meroyan lah macam kena rasuk lah sebab memang sakit gila dikkk oiiii. Tambahan lagi sis memang tak boleh tahan sakit sikit. Bayangkan hampa sakit dekat mata, tak boleh nak garu ke tak boleh nak buat apa memang kena hadap je sakit tu.

                     Sis recover mata kanan dalam 2 minggu tak silap. Lepastu dua minggu selepas itu, sis buat mata kiri pulak. Procedure mata kiri sama sahaja dengan mata kanan. Kedua-dua mata sis betul-betul recover dalam 2 bulan jugak. Tapi sis still kena pergi checkup mata selalu. 

                  Sis sebenarnya redho sebab Keratoconus ni memang selama-lamanya akan bersama sis. Sis buat minor surgery pun tidak boleh nak hilangkan ke apa. Cuma untuk prevent ia daripada menjadi lebih teroxx. Macam rabun jauh dan silau sis pun masih tidak sama kedua-dua belah mata sis. Rabun jauh dan silau sis pun sentiasa berubah-rubah. Jadi kesimpulannya, sis memang redho teroxx. Terima kasih dan berjumpa lagi. Ayuh sebarkan buih-buih Cinta!

No comments: