Perkongsian

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ


Beberapa hari yang lalu kami telah melakukan aktiviti penyelesaian masalah (problem solving) dengan menggunakan sesi perkongsian (sharing session) serta percambahan minda (brainstorming) bagi menjana alternatif, kreativiti dan membuat pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerna manusia selalunya lebih cenderung untuk memikirkan tentang masalah berbanding bagaimana ingin menyelesaikan masalah

            Terdapat Encik ini berkongsi tentang masalah yang dihadapi oleh beliau kerna sukar ingin belajar ilmu agama dan penyelesaian masalah yang beliau tulis adalah dengan memaksa diri sendiri untuk belajar ilmu agama

            Tidak mengapa memaksa diri sendiri untuk belajar ilmu kena mungkin dengan "keterpaksaan itu akan wujudnya keikhlasan" seperti mana yang dikatakan Ustaz Azhar Idrus

            Dan beliau bertanya tentang pendapat saya. Saya takut jika dengan keterpaksaan menuntut ilmu itu akan membuatkan beliau jatuh tersungkur di tengah jalan kerna sukar untuk mengekalkan momentum itu kerna saya sendiri menghadapi perkara yang sama dan kenal erti bertapa susahnya ingin kekal istiqomah

            Bagi saya sendiri adalah lebih baik jikalau kita baru-baru ingin menjinakkan diri belajar sesuatu ilmu itu dengan memulakan sesuatu yang kita tertarik, minat dan ingin tahu supaya kita boleh mendekatkan diri kita dengan Tuhan serta momentum kita akan stabil dan terus kekal istiqomah

            Sebagai contohnya, diri saya sendiri saya lebih gemar membaca kisah-kisah sejarah para-para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi Muhammad ﷺ dan kegemilangan Islam dan sebagainya kerna disitu saya dapat merasakan bertapa indahnya Islam itu. Mungkin ada manusia yang akan rasa lebih dekat dengan Tuhan dengan membaca Al-Quran dan Tafsirannya dan ada juga membaca Hadith-Hadith Nabi Muhammad ﷺ Ia terpulang kepada individu tersebut. WaAllahualam. Sekadar perkongsian. Jikalau ada salah silap mohon di tegur. Terima kasih. JazakAllahu Khairan Katheeran

No comments: