Ingin Benar Mereka Memahami Dan Fikirin

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ


Jam berdetik tepat pada pukul 3.30 pagi, ketika semua manusia sedang tenang ketiduran di kamar masing-masing dan ada juga yang bangun sujud menyempah Sang Pencipta memohon keampunan buat dirinya dan ummah. Aku di hadapan komputer ingin mengarang menulis sesuatu aku tidak tahu dengan siapa yang harus aku kongsikan kerna semua manusia sedang menikmati nikmat kebahagiaan yang diberikan Tuhan buat mereka-mereka. Tidak mahu aku cemarkan dengan pemasalahan yang aku hadapi.

Sememangnya aku suka jikalau mereka-mereka memikirkan aku senantiasa terlihat bahagia. Tidak punya masalah. Senyuman tidak lengkang di bibir dikala hati bermain dengan seribu juta perasaan yang bercampur baur.

Tetapi aku juga pingin benar mereka fikir bahawa aku juga manusia biasa. Sama aja seperti mereka. Yang punya perasaan untuk difahami dan mahu di jagai. Aku juga mudah tersakiti. Yang kadang-kadang aku juga menangis. Terduduk tersungkur. Mengalirkan air mata di kamar mandi. Tanpa mengeluarkan suara. Membiarkan air mata mengalir bersama-sama dengan air mandi yang membasahi pipiku.

Yang memang sungguh tidak mungkin aku tunjukkan di hadapan mata-matanya mereka. Kerna aku tidak suka terlihat lemah di mata-matanya manusia. Tidak sama sekali. Aku tidak lemah dan longlai. Aku tidak mahu mereka memandang aku dengan mata yang berair palsu seolah-olah bersimpati terhadap diri aku. Padahal sebaliknya mereka rasakan. Aku tidak perlukan kepura-puraan simpati seperti itu. Aku cuma ingin benar mereka memahami dan fikirin perasaan aku. Itu aja.


No comments: