Mohon Berhenti Tanya Soalan

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ



Anyeonghaseyooo!!! Aigooo lama jugak sis tak update blog sebab busy eceehh busy angaatttt~ Sis pun sebenarnya tidak tahu apa yang menghasuk diri ini untuk mengupdate dan membebel di blog ini dongg pokoknyaaa. Mungkin sebab sis tengah cuti sem barangkali. Memandangkan ini cuti sem palingg rare sebab selalunya cuti sem sis akan mula bekerja tidak kisah kerja apa janji kerja yang boleh memberikan sis merasa apa itu erti pengalaman yang tidak bisah dicari tanpa kita merasai ia sendiri haaa gituuuu. Tapi cuti sem kali ini sis hanya duduk rumah sahaja tanpa keluar rumah pun sebab hurrmm mother ayah sis tak bagi kerja. Sis seddeeyy. Tapi tak sediihh sangat sebab sis hanya cuti dua minggu jadi sis masih okayyy walaupun selalunya sis akan memberontak ohh yes saya seorang yang suka memberontak tapi kali ini sis cuba redho.


Jadi kali ini saya nak cerita, mengadu, membebel mengenai sesuatu yang membuatkan saya kecewa tambah sedihh yang berjaya membuat saya kemurungan yang agak teroxx. Sejujurnya, saya amat suka dan menghargai orang mengambil berat mengenai saya seperti saya umur berapa, masih belajar ke, belajar pasal apa sampailah mereka bertanya dengan apa yang saya belajar "Nanti nak kerja apa? Ada masa depan ke dengan belajar itu"? MasyaAllah may Allah forgive us. Sejujurnya saya tidak pernah terfikir mengenai itu tetapi tidak bermaksud saya tidah pernah terfikir dan ingin melihat apa yang bakal terjadi terhadap diri saya pada 5 atau 10 tahun akan datang cuma mengenai kerja saya lebih serahkan kepada Tuhan. Bukan bermakna saya tiada impian apa yang saya ingin jadi cuma saya berpegang dengan kata-kata mak saya bahawa "rezeki itu berada dimana-mana, Belajar sahaja dulu, kumpul ilmu. Rezeki itu serah pada Tuhan" Lagipun kalau kita terlalu berfikir dengan benda yang terlalu jauh kita terlampau berfikir dengan benda yang kita tidak pasti akan terjadi ia akan membuatkan kita hilang fokus dengan apa yang kita sedang lakukan sekarang. In another words we can say thats "When you think too much on your problem it wouldn't change anything. You have to think how to solve the problem and the strategy" giiittuuuuuuu. 


Sejujurnya saya sedikit kecewa bila mereka mengatakan saya tidak akan ada masa depan dengan itu. Mungkin tidak di negara saya mungkin di negara orang luar? Who's know? Only the mighty God know. Am I right?     


Ramai juga bertanya mengapa saya pilih course itu. Saya cuma boleh jawab entaaahhhlaahhh naaakkk. Eceehhh takdalahhh. Kalau jawapan cliche yang boleh saya bagi ialah perancangan Allah lebih baik daripada perancangan saya sendiri :) Tapi cliche sangatkan? Macam mana eh saya nak cerita dan cuba sampaikan. Apa yang saya tahu saya memang minaatt tapi pada ketika itu saya mempunyai dua pilihan. Tapi mother saya lebih suka saya ambil course yang saya sedang ambil sekarang. Tapi pada ketika itu saya masih di dalam dilemma sampai orang suggest saya buat sembahyang istikharah. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanyaa. Dimana satu hari saya cakap dekat Ayah, "Ayah boleh tak orang nak pergi sekolah? Ada majlis" Ohh yeaahh saya memang manusia yang tidak boleh menerima kenyataan yang saya dah habis sekolah dan jikalau boleh hari-hari saya ingin kesekolah semula. Jadi that time my ayah is so ddisappointed with me because saya tak habis-habis nak kesekolah macam saya clueless tak tau nak buat apa sebab pada ketika itu I quit my job so yeahh I'm just chilling at my home without doing anything just waiting for upu result to come out, tidur makan tidur makan. So basically, ayah bukan seorang ayah yang suka tengok anak dia macam tidak terurus macam clueless dengan apa yang dia inginkan.


Memandangkan ayah cakap "Awak settle kan urusan awak dulu. Jangan sibuk nak ke sekolah je" jadi untuk memenuhi pemintaan ayah, saya teringat akan universiti yang telah saya kaji selidik beberapa hari lepas saya terus buat keputusan yang sangat drastik untuk ke universiti tersebut pada keesokan harinya. Dan pap pap pap depa kata lagi seminggu dah boleh masuk noksss. Saya tak tau hati saya semacam sejuk sahaja merimanya. That is why philosophy said "The most drastic and usually the most effective. Remedy for fear is direct action". Maka pungpangpungpang saya belajar upu result keluar saya dapat tawaran ke uitm untuk course yang lagi satu saya minat iaitu business. Weehhh gila tak dalam dilemma pulak pada masa itu. Itu first choice saya kot. MasyaAllah may Allah bless us. Tapi Alhamdulillah syukur Allah permudahkan urusan saya dan buat saya yakin dengan apa yang saya pilih sekarang ini adalah keputusan yang terbaik untuk saya yang Allah hadiahkan kepada saya.


What can I say is I didn't choose this course, but this course choose me. And I do it, I learn it because I love it! And because Allah knows what good to me. Saya teringat Surah Al-Baqarah Ayat 216 Bismillah "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." SubhanaAllah beautiful.


Maka kesimpulannya, saya ingin berterima kasih kepada ayah serta mak saya kerana tanpa ayah dan mak saya tidak mungkin saya akan belajar apa yang saya sangat-sangat cintakan sekarang. Terima Kasih Ayah and Mother. Saranghae muah muah ciked. SubhanaAllah may Allah forgive us. Saya rasa ini post saya paling panjang saya pernah buat I guess? Jadi saya rasa sampai disini sahaja. Terima kasih. JazakAllahu khairan katheeran

No comments: