Tenat


اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ


Aku benci dimana otak aku kusut memikirkan apa yang akan terjadi pada aku. Esok, lusa, dan 10 tahun yang akan datang. Aku benci bila aku perlu berfikir. Ini salah satu sebab kenapa aku tak suka aku membesar. Aku selalu berharap aku masih lagi budak kecik atau kanak kanak yang hanya tahu bermain di pondok kecil main kahwin kahwin panjat pokok baling selipar daripada fikir masalah dunia. Masalah manusia yang tak pernah ada kesudahannya membenci satu sama lain. Cuba menjatuhkan satu sama lain. Bukan mereka tak faham apa mereka mahu kan tapi mereka tak pernah cuba untuk faham. Ya Tuhan otak aku sakit penat tenat. Orang kata kau baru "18, duduk pun dengan mak bapak semua mak bapak tanggung nak kusut fikir kenapa? Kau muda lagi belajar pun tak habis segulung ijazah pun tak ada jangan sembang pasal kau penat berfikir belajar sampai habis dan tak perlu kisah pasal dunia" Ohh yes saya masih duduk dengan parents dan yes semua parents saya tanggung tapi kau tak tahu beban yang kau kena pikul sebab saya selalu set mind saya yang "Mak Ayah" tak selamanya dengan saya, mungkin saya pergi dulu mungkin mereka kau apa tahu. Kuasa Allah. Akan kau nak didik diri kau bermanja manja dan terus manjaan? Akan parents kau dah pergi baru terkedek kedek nak bukak langkah nak belajar semua benda? Kau tak rasa nak ada platform kau sendiri? 


Dengan usaha kau? Aku tahu aku muda lagi budak lepasan sekolah je baru kan tapi tak bermaksud otak aku sengkek ijazah memang jauh sekali diploma pun tak lepas tapi adakah itu cara kau judge seseorang? Come on buka mata hati kau jangan bukak mata dan tak perlu bukak mata kau sebab mata kau sendiri mampu menipu kau. Jadi memang tak pelik lah kalau manusia sanggup menipu, memfitnah, menindas orang lain sedangkan diri kau sendiri menipu kau. Segulung Diploma atau Degree yang kau dapat tu tak menjanji kan kau apa apa kalau kau hanya tahu mengulang kaji tapi bukan mengkaji kau tak explore benda tu sendiri lama lama kau cuma jadi Mahasiswa/siswi yang tak ada Quality. Orang tanya "kenapa nak serabutkan otak kau fikir semua ni" kau ingat aku nak sangat serabut kan otak aku ni yang dah sememangnya serabut? Aku pun kadang kadang cuba berhenti berfikir tapi otak aku ligat sangat nak berfikir. Dan macam mana aku nak berhenti berfikir kalau aku hari hari dihidangkan dengan unsur unsur yang negatif sampai satu tahap aku rasa aku tak sanggup dah nak hidup dekat dunia ni. Tapi dengan dosa-dosa yang aku bawak belum tentu dapat selamatkan aku disana. Betul lah Ustaz Abdullah Khairi cakap "Hang kejar dunia, dunia lari, hang kejar akhirat, dunia maii dekat hang" Sebelum mulakan langkah tengok balik niat kita hidup dalam dunia ni dan apa motif nyawa dalam tubuh kau.

Dari Umar Bin Khatbah r.a: Rasulullah SAW bersabda, "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya."

Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah." [0001] WaAllahualam. Assalamualaikum

No comments: