اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْ
Anyeonghaseyo!! Beberapa hari yang lepas aku belajar driving class buat kali pertamanyaa. Aku dapat Cikgu Indian. Dan secara tiba tiba Sir Jay tanya aku kerja mana, jadi Ustazah ke? Aku cakap ohh saya kerja Taska, kenapa Sir cakap macam tu? Dia cakap sebab dia pelik tengok cara pemakaian aku, dia pelik tengok aku pakai jubah. Dia kata susah nak tengok perempuan Islam pakai jubah kerana perempuan sekarang banyak pakai baju nak berfesyen nak berstyle. Aku sentap. Aku terdiam. Aku termanggu memikirkan diri sendiri. Aku tanya diri aku sendiri, kata kata Sir ditujukan untuk aku ke? Aku diam seribu bahasa angguk tak geling pun tidak. Aku terkejut apabila kata kata itu keluar daripada mulut seorang yang bukan dilahirkan sebagai orang Islam. Sampai Sir aku tanya yang dia ada cakap perkara yang salah ke?
Dan akhirnya aku hanya mampu mengangguk setuju kerna apa yang dikatakan Sir Jay memang ada betulnyaa. Tidak perlu lihat orang lain lihat diri sendiri Atiqah. Lalu lantas Sir Jay bertanya untuk nak kan kepastian adakah aku bersalaman dengan lelaki? Kerana ada sesetengah perempuan yang shake hands dengan lelaki? Lagi sekali ia berjaya membuat aku sentap dan aku katakan tidak. Perempuan Islam haram bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim. Lihatlah dunia wahai kamu hawa sekalian, begitu cetek pandangan seorang yang bukan dilahirkan Islam sejak azali memandang seorang wanita Islam sekarang. Membuat aku sedih pilu.
Tetapi kata kata Sir Jay berjaya membuka mataku, mindaku, akalku, hatiku untuk terus membaiki diri yang hina ini. Terima Kasih Sir Jay. Jadi marilah kita Wahai kaumhawa mencorak langkah membetulkan diri yang hina ini. Campakkan segala seluar dan pakaian yang tidak melambangkan diri kita sebagai wanita Islam dan wanita solehah. Sarungkanlah baju jubah mu, dan marilah kita kembali ke realiti dunia dan pada zaman kegemilangan Islam yang dimana Wanita dipandang tinggi dan dilindungi bukan dipandang hina, InsyaAllah masih belum terlambat Allah maha penghampun. Maaf jikalau ada tersalah bahasa hanya kata kata seorang yang belum sempurna dimata TuhanNya. Assalamualaikum.